SELAMAT DATANG KE BLOG CINTAZUHAN

Blog ini akan memaparkan bermacam-macam tulisan yg menarik minat sy

30 May 2010

Khutbah Panjang Masjid Meru Klang

Hari ni aku & ismail buat blitz depan masjid Meru, Klang..bila dah hampir masuk azan, kami berhenti bagi menunaikan kewajipan solat jumaat.
Untuk pengetahuan, masjid Meru adalah antara yg terbaik di Selangor & pernah memenangi beberapa anugerah.
Dun Meru di tadbir oleh parti PAS setelah di menangi pada tahun 2008, daerah ini kebanyakan di diami oleh pendududk kampung yang rata2 b'keturunan jawa.
Meru juga tidak asing bg aku kerna ada ramai kawan yg tinggal di sini malah ramai saudara mara isteri yg sememangnya penduduk tetap yg t'kenal dgn gelaran sbg pekan koboi.
Apa yg aku nk ceritakan di sini ialah khutbah panjang yg di sampaikan oleh khatib, macam biasa mata dh mula layu ...kaki pula dh naik kebas..kali yg keberapa aku pun tak ingat!..sambil urut kaki..aku terus mendengar khutbah pasal judi bola yg sejak akhir-akhir ini diperkatakan sekarang ni..aku pun tak tahu mengapa kerajaan boleh menghalalkan  judi bola ini.
Pernah juga aku khutbah panjang tapi kali ini lain macam penangannya..Penat mendengar khutbah hilang solat dimulakan dgn imam mengalunkan suaranya yg merdu.
Solat Jumaat b'akhir pd jam 1405pm...jarang sekali solat jumaat b'akhir selewat ini..aku bukan merungut atau mempertikaikan kewajipan ini tetapi sekadar b'cerita mengenai pengalaman yg jarang2 sekali di alami.

No comments:

Post a Comment