SELAMAT DATANG KE BLOG CINTAZUHAN

Blog ini akan memaparkan bermacam-macam tulisan yg menarik minat sy

19 May 2010

Kenapa Mesti Benci Polis? - 1

Sejak akhir-akhir ini ramai pihak mempertikaikan tugas polis setelah kejadian tertembak remaja di Shah Alam tempohari. Sebagai masyarakat prihatin, kita hendaklah bersikap terbuka & mengambil niktibar di atas apa yang terjadi.
Semua yang terjadi ini ada hikmahnya, Di sini juga pihak-pihak yang terlibat hendaklah duduk semeja bagi membincangkan masalah serta menambahbaikan prosedur yang ada
Pada kali ini aku bukan hendak membincangkan pasal polis yang tertembak budak tu! tapi nak membicarakan tentang peranan PDRM keseluruhannya. Kerana masih ramai diluar sana tidak tahu bahawa peranan polis sebenarnya amat luas dalam menjaga keamanan & kestabilan negara.
Apa yang kita tahu...disiplin adalah tunjang dalam kerjaya polis, prosedur ketat juga amat di titikberatkan kerana tugas polis banyak melibatkan senjatapi
Pihak polis ada beberapa cabang seperti FRU, TRAFIK, PGA & MARIN. Apa yang perlu kita buat ialah menghormati tugas polis & mematuhi undang-undang agar memudahkan tugas mereka .
Pernah tak kita fikir ..siapa yang menolong kita jikalau berlaku kejadian yang tidak di ingini? Siapa  yang mengawal lalulintas ketika kita berada dalam kesesakan jalan raya? Siapa yang menyuraikan orang awam yang cuba merusuh  sambil merosakkan harta benda awam kalau bukan pihak polis yang siap sedia di panggil dalam masa 24 jam?

No comments:

Post a Comment