SELAMAT DATANG KE BLOG CINTAZUHAN

Blog ini akan memaparkan bermacam-macam tulisan yg menarik minat sy

30 April 2010

Khutbah Jumaat - Semangat Kejiranan

Hari ni aku solat jumaat di masjid Al Hidayah sek 18 Shah Alam, masjid x asing bg aku kerna masa bujang dulu aku tinggal dekat dgn masjid ni. Khutbah jumaat mesti didgr oleh jemaah, kalau x dgr x sah solat jumaat, nanti dpt pahala solat je lahh..Sejak tinggal di Selangor ni..dh byk masjid aku solat tapi susah nk cari khutbah yg benar2 memikat..kalau khutbah x memikat nanti para jemaah akan di ulit mimpi & t'tunduk malu..hehehe..
- Khutbah hari ni sungguh memikat walaupun tajuk x lah menarik sgt!! SEMANGAT KEJIRANAN itulah tajuknya.
- Apabila penyampaian jelas & b'sungguh2..aku percaya para jemaah akan lbh tekun mendgrnya & hari ni t'bukti aku juga minat mendgrnya padahal aku selalu t'tunduk malu bila solat jumaat..hehehhe...kantoi!!
- Aku harap kta semua dpt mendgr khutbah jumaat dgn lbh sempurna agar apa yg disampaikan oleh khatib akn terus masuk dlm hati kta semua...amin.

28 April 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-3

Setiap tahun ada beberapa hari yg perlu kita raikan..t'masuklah hari ulangtahun p'kahwinan..bg mereka yg dh b'kahwin..yg masih bujang tuu..jgn gatal2 nk 'celebrate'...nikah dulu bro!!
- Apabila meraikan..mesti hadiah, kad, bunga & coklat...leceh betul..mcm bini aku semua ni wajib!..katanya..
- Untuk 2010 ni..usia kahwin kami dh masuk thn yg ke-3..sungguh cepat masa b'lalu..
- Sbnrnya hadiah dh bg awal iaitu jam tangan GUESS...senyummmm bini aku...
- Semoga ALLAH swt...sentiasa mengurniakan benih2 cinta di antara kami...amin.
Minggu lps aku pergi kedai buku di Komp.PKNS. Menjadi kebiasaan aku kalau pergi ke pusat membeli belah mesti masuk kedai buku...tiba2 t'mampak buku ni..kebetulan aku memang ejen yg tgh t'kial2 cari kes..hehehe..
- Buku buat duit byk dipasaran sekarang ni..macam2 ada..buat duit dgn ikan keli pun ada..tanpa b'lengahkan masa aku terus 'sambar' buku ni..RM16.50 jerr..
- Buku ni bagus...klu ada sesiapa nk jadi ejen...sila buku ni..nk harapkan mentor kta ajar x cukup..kena ada teori & praktikal...jom beli buku ni...

Buku Buat Duit - Ejen Insurans/Takaful

27 April 2010

Haji Paat - Datuk Isteri

Sebenarnya..aku cukup kagum dgn org tua ni..walaupun lumpuh tapi solat x pernah tinggal..mcm arwah atuk aku, dlm keadaan sakit..tetap nk solat..terharu sungguh!..sesungguhnya ini semua boleh dijadikan iktibar utk semua org t'masuklah aku..huhuhuh..kita yg sihat ni pun miss solat..inikan org tua yg sakit lumpuh..
- Asal atuk bini aku ni boleh b'jalan..malah aktif buat b'kebun..tapi satu hari tu dia jatuh dlm parit..tapi masih boleh jalan lg...dua tiga hari lps tu....terus x boleh bangun..t'kejut aku..
- Semoga Allah swt sentiasa memelihara atuk yg x pernah jemu melakukan ibadat kpdNYA....amin.
- Kpd kawan2 yg masih ada org tua...jagalah sebaik mungkin..tiada mereka tiadalah kita....

Polis Tembak Budak

Akhbar hari ini melapurkan satu kejadian budak umur 15 thn yg disyaki penjenayah di tembak mati oleh polis. Kejadian itu b'laku pd jam 2 pg pd jarak 100 meter dr rumah mangsa di seksyen 11 Shah Alam.
- Secara kebetulan semasa menghantar kakak angkat balik ke rumah, terserempak dgn polis trafik yg mengiringi van jenazah menghala ke arah sek 11.
- Selepas hantar kakak balik, aku ke sek 9 nk singgah di bank rakyat. Apabila lalu di dpn surau sek 11..tiba-tiba jalan sesak..kereta penuh dikiri jalan & aku nampak ada upacara solat jenazah di surau yg selalu aku singgah solat.
- Rupa-rupanya inilah cerita sebenarnya...budak di tembak polis..aku menjangkakan berita panas akan meledak SATU MALAYSIA..berikutan kejadian tragis ini..
- Berita panas ini akan di jadikan modal oleh pihak-pihak yg inginkan kontroversi..jadi pihak kerajaan & polis mestilah bersedia menangkis apa-apa jua soalan-soalan panas pihak media...
- Aku harap pihak polis tidak berselindung di sebalik cerita sebenar & sentiasa belajar dari kesilapan.

25 April 2010

Facebook Melanda Malaysia

Rakyat Malaysia sedang di landa facebook, semalam singgah MPH sempat beli buku ttg fb ni.

Zaman Facebook Melanda Malaysia

Ular Sawa Atas Pokok

Aku t'kejut berukk bla member bgtau..ada ular atas pokok!! suspens betul!! bab2 ular aku memang takut..antara binatang paling geli & paling takut ialah ular....
- Ular atas pokok ni berada di Genting Highlands..sewaktu mengikuti Agent conference Prudential....

Mencari Sesuap Nasi

Sekarang ni kalau kta pergi ke bank atau kaki lima kedai, kta akan nampak pakcik & makcik tua sedang b'niaga keropok..kesian tengok! x beli serba salah pulokk!. Aku pernah sembang dgn pakcik dlm gambar yg sedang t
'tido ni..rupanya dia dtg dari Pattani, Thailand..jauh tuu..masih lg menyara anak-anak yg b'sekolah pondok.
- Byk maksud yg t'selindung dsebalik foto ini...b'bagai2 persepsi yg akan ditafsirkan...renung2kanlah...

Pelangi Dalam Gerimis

Hari Jumaat lps(23/04/10), Sewaktu hendak ke tempat kerja..cuaca gerimis & tiba2 keluar pelangi..cantikk!!. Mungkin dlm foto x berapa cantik tapi semasa kat luar cantik & besar garisan pelangi.
- Inilah salah satu keajaiban Allah swt. Kalau kita perhatikan keadaan sekeliling setiap hari, banyak terdapat ciptaan tuhan yg mengkagumkan cuma antara sedar dan tidak jerr...

Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor

Terjawab sudah siapakah yg akan mewakili rakyat Hulu Selangor ke parlimen..iaitu Kamalanathan iaitu ketua penerangan MIC, nama yg jarang-jarang kita didengar tetapi seorang yg fasih berbahasa melayu.
- Majoriti 1725 undi sudah cukup untuk membawa Kamal ke parlimen dan difahamkan beliau akan dilantik sebagai timbalan menteri, hakikatnya beliau akan terus memikul tanggungjawab yg besar terhadap rakyat HS.
- Kepada Datuk Zaid, sy harap dia akan terus berkhidmat & berbakti kepada penduduk HS walaupun kalah. Cadangan sy bukalah pusat khidmat & juga boleh menjadikan HS sebagai daerah angkatnya, tunjukkan kepada penduduk HS bahawa anda juga boleh berkhidmat walaupun sebagai wakil rakyat.
- Kuasa undi terletak di tangan rakyat. Mereka akan menilai seluruh prospek..siapakah yg akan mewakili mereka nanti.
- Saya juga berdebar menantikan keputusan PRK ini kerana bermacam-macam spekulasi timbul..ketika singgah makan di sek 7 Shah Alam, ada kawan hantar sms bahawa BN menang.
- Ayah mentua sy juga sempat call untuk b'tanyakan keputusan PRK..teruja juga orang tua ni...walau apa pun semuanya sudah t'jawab & kepada Kamalanathan silalah tunaikan tanggungjawab anda sbg wakil rakyat yg sah.....wassalam...

24 April 2010

Selamat Mengundi rakyat Hulu Selangor

Esok akan menjadi penentu kepada rakyat Hulu Selangor, siapakah wakil mereka di parlimen nanti. Kalau kita baca di akhbar dan lihat di televisyen serta situasi di luar bermacam macam gelagat dan cerita tentang pilihanraya kecil yg berlansung esok.
-Kepada yg tidak dapat mengundi dan mereka yg tidak ada kena mengena tidak perlu menyibuk disana. Lebih baik duduk di rumah saja atau melihat di kaca TV suasana PRK itu nanti.
-Orang-orang macam nilah yg akan membuatkan jalan sesak dan suasana akan menjadi huru hara. Seterusnya situasi akan menjadi lebih panas dan mencetuskan sebarang pergaduhan.
-Saya pernah membuang undi sebanyak tiga kali. Nasihat saya pergilah awal untuk mengelakkan kesesakan dan yg paling penting adalah setkan minda anda untuk memangkah undi, kalau tidak kita akan menjadi keliru di tambah lagi di luar pusat mengundi ada perayu-perayu undi dari dua calon.
-Bagi kedua-dua calon, saya berharap mereka dapat terus berkhidmat walaupun salah satunya akan kalah. Kerana calon yg akan menang nanti tidak lama menjadi ahli parlimen disebabkan tempoh pilihanraya negara akan berlansung tidak sampai dua tahun dari sekarang.
-Saya tidak memihak mana mana calon kerana, kerana kehidupan zaman sekarang terlalu banyak komitmen menyebabkan politik Malaysia terpaksa ditolak ke tepi walaupun bidang politik menjadi minat saya.
-Walau apapun saya akan terus memberi ulasan, kerana politiklah yg menjadi satu sebab mengapa saya minat menulis dalam bog....selamat memilih wakil rakyat anda..

23 April 2010

Solat Jumaat

Hari Jumaat adalah raja segala hari, Di sesetengah negeri spt Kelantan hari jumaat adlh hari cuti utk keagamaan dan disusuli dgn hari sabtu utk kekeluargaan...baguskan!
Apabila aku bekerja di Selangor yg menjadikan jumaat hari bekerja, menjadikan masa rehat agak panjang utk laluan kpd solat jumaat.
Persoalannya, sebelum solat ada khutbah..jadi apabila badan keletihan ketika mendengar khutbah, mata akan layu..seterusnya mengantuk. ini akan menjejaskan kualiti solat.
Kebelakangan ini aku kualiti solat jumaat aku agak terjejas disebabkan badan penat dan menyebabkan mengantuk...kalaulah jumaat hari cuti kan senang. Jadi badan kita bersedia utk mendirikan ibadat.
Rata-rata aku tengok jemaah yg datang pun semuanya tertunduk 'malu'...malah ada yg t'paksa dtegur utk mendirikan solat.
Hari jumaat adlh hari yg mulia..aku berharap suatu hari nanti kerajaan dpt menjadikan jumaat hari utk bercuti. Apabila hari jumaat cuti banyak aktiviti keagamaan dpt dilakukan spt membersihkan kubur,ceramah agama,bersihkan surau dan sebagainya.
Sebagai ejen insurans juga bolehlah aku buka booth dgn bersedia didepan masjid, tidaklah terlalu penat rasanya.....jumpa lg..wassalammm..

22 April 2010

Hari pertama menulis dalam blog sendiri

Assalamualaikum..kpd kawan2 yg sudi melayari blog cintazuhan.blog. Sy akan menulis apa saja yg menjadi minat sy, Kebanyakan perkara dlm dunia semuanya sy minat kecuali menyanyi sebab sy tidak pandai menyanyi & kebetulan suara sy memang tak sedap.
Dlm minggu ini negara sedang sibuk dgn pilihanraya kecil yg akan b'langsung pd ahad nanti di Hulu Selangor..tetapi sy tidak akan mengulas mengenai politik hari ini, kerana sy akan bercerita mengenai anak sy yg baru 73 hari lahir ke dunia ini.
Sy terharu melihat ayah mentua sy mendukung cucunya pd pagi jumaat ini sebelum pergi kerja( buat masa ni sy tinggal dgn mentua ). maklumlah cucu sulung..sy terpaksa bergegas meninggalkan mereka kerana jam sudah menunjukkan 0700 pg. Sy terpaksa pergi kerja awal kerana jalan dbandar Klang sesak teruk diwaktu pg disebabkan projek flyover sampai sekarang masih belum siap sepenuhnya...sambil memandu sy b'fikir..bilalah agaknya projek nak siap.???
Berbalik pd kisah ayah mentua & cucunya...sy harap hubungan sy dgn ayah mentua akan lebih erat terjalin. Sebelum ini pun bukan tidak berapa baik tetapi kesibukan sy & ayah bekerja siang & malam membuatkan kami jarang bercakap (ayah bekerja sambilan bawa kerete sewa).
Ketika sy bercinta dgn anaknya dulu, kami hampir b'gaduh kerana beliau menuduh sy membawa keluar anaknya sehingga larut malam..biasalah ayah mana yg tak sayangkan anaknya.
Pd pagi Jumaat ini sy harap semuanya akan suksess...jumpa lg esok