SELAMAT DATANG KE BLOG CINTAZUHAN

Blog ini akan memaparkan bermacam-macam tulisan yg menarik minat sy

23 December 2010

Bersama Hannah diPantai Cahaya Bulan









Pertama kali bawa baby ke pantai...dia semacam terkejut dgn situasi yg baru dialaminya..bila mendengar deruan ombak menghempas pantai...suatu keseronokan baginya walaupun dlm keadaan terkejut!!
Bila besar nanti kita mandi pantai brsama sama yerr!!!

Bersama Isteri & Anak


Jarang sekali dapat bergambar isteri & anak macam ni..bukan tiada kesempatan tetapi otak asyik kerja jerr.
Ketika bercuti di Kelantan baru2 ini..aku sempat bergambar di Pantai Cahaya Bulan sambil bermain wau..ituy yg Hannah bengkok lehernya..huhu.

07 November 2010

Isteri & Anak Di Genting Highlands




Baru2 ini Prudential mengadakan persidangan untuk ejen2nya selama 2 hari 1 mlm..di kesempatan itu aku turut membawa anak & isteri kesana untuk bercuti...

Kali Pertama Beraya Sebagai Satu Famili



15 September 2010

Penanggah Kenduri Kahwin


Sudah lama aku tidak menjadi penanggah..seronok jadi penanggah ni..budak kecik pun suka jadi penanggah..rajin & bersemangat..kebetulan mak mentua aku ambil upah buat katering kenduri kahwin..aku pun join sekali..adios.

Koleksi HandPhone Lama

Aku mula menggunakan Handphone sejak tahun 1996..ketika HP semuanya besar2..tapi HP yg mula2 sekali aku guna dh dbuang!..yg tinggal ini shj setelah beberapa generasi..talian yg dgunakan ketika itu ialah ADAM 017..semua HP ini sayang nak dbuang...biarlah buat koleksi kenangan..mana anak cucu nak tahu..hehehe

Motor + Basikal = MoBas

Rakyat Malaysia semakin canggih..aku terjumpa ketika berurusan disebuah bank Taman sri muda Shah Alam...nak ambil gambar dekat segan pulak dgn budak india nie..aku shot dlm bank je..

23 August 2010

Bersama Unit Manager..En Maaros

Masa mula2 nak ambik insurans..aku jumpa dia..tapi bukan bercerita pasal produk..dia offer aku jadi ejen pulak..ok jugak,bolehlah aku buat part time..cari duit lebih..namun bila dah berkecimpung selama setahun aku terus ambik keputusan letak jawatan di BSN & buat full time PRUDENTIAL...aku banyak berterimakasih kpd bos aku ni sebab dia banyak bagi motivasi untuk aku terus berjaya..walaupun dari segi pengurusan dia agak lemah..ialah mana ada dalam dunia ni insan yg sempurna..aku harap aku boleh berjaya macam dia...amin.

09 August 2010

Majlis Aqiqah Hannah Marissa & Kambing Masak Kurma

Pada 18/07/10 yg lalu telah diadakan majlis aqiqah Hannah..Biasanya acara Aqiqah ni akan menghantui para ibu bapa kerna kambing yg agak mahal..ibubapa yang mampu tidak menjadi hal..tapi yg kurang mampu  terpaksalah kumpul duit..Untuk anak lelaki 2 ekor kambing & 1 ekor kambing untuk anak perempuan..bengkok makbapak..itu belum dcampur kos lain..Bagi aku berhabis wang untuk anak tidak menjadi hal yg penting anak selamat dunia akhirat..apa yg penting para ibubapa mestilah melupakan kemewahan dunia yg sementara ini demi sebuah keluarga yg bahagia...

Kelambu Khemah

Baru-baru ni aku sekeluarga balik kampung di Kelantan..kalau korang nak tahu..kampung aku banyak nyamuk..biasalah rumah banyak semak..keadaan sekitar pun tak terurus..sampah jangan cakaplah!..aku tak boleh salahkan mak aku kerana dia sorang je kat rumah...lagipun dia kudrat tuanya tak mampu nak bersihkan rumah yang besar tu..Aku ingatkan nyamuk biasa je yang banyak tapi nyamuk aedes pun menggila...bahaya ni...kebetulan adikku ada beli kelambu nyamuk berbentuk khemah yang boleh memuatkan mak bapak sekali...macam pegi camping lakkk..pertama kali melihat kelambu sbesar ini..sebelum ini pernah tengok serkup baby yg kecik je..serkup orang dewasa pun ada tapi tak praktikal sebab rendah...tapi yang ini agak menarik...namun begitu sikit bengang kerna puas aku mencari di Kota Bharu & Rantau Panjang tapi tak jumpa...kehabisannya agaknya...balik kampunng lagi sekali aku akan menjelajah seluruh Kelantan pulak untuk mencarinya hehehehh....

21 July 2010

E63 Foto Kreatif KLCC

Fotografi adalah salah satu hobi aku..tetapi masa tidak mengizinkan untuk aku aktif dalam dlm bidang ini..insyaallah apabila tiba masanya aku akan tunjukkan bakat terpendam ini..lihatlah foto KLCC ini..sangat cantik bila manfaat kamera phone aku ni..

Booth Oh Booth!

Sejak jadi ejen insurans ni dh b'macam-macam tempat aku & kawan2 buka booth!..kebiasaannya booth adalah tempat untuk mencari prospek atau cari nama..jadi dgn nama & nombor telefon yg di perolehi..tindakan susulan akan dilakukan iaitu mengadakan temujanji untuk membuat persembahan(presentation)...kalau ada rezeki CLOSE!!!
Foto di atas adalah salah satu booth yg aku & kawan2 buat..iaitu kawasan parking KOBANAS bersebelahan KLCC..

24 June 2010

Sambut Hari Lahir 2009

Sejak kecil aku tak pernah sambut hari lahir..maklumlah duduk kampung mana reti nak buat birthday party!!
Masa bercinta dengan isteri barulah rasa di hargai..maklumlah makwe sayang!
Apabila dah kahwin..setiap tahun sambut Hari Lahir...Terimakasih semua

06 June 2010

Kenny Rogers Caj melampau

Baru-baru ni aku pegi makan di KR Jusco kat rumah di Bkt Tinggi, Klang..bila minta bil..mak oii!! sampai 2 caj..itupun dh hampir RM6..klu tiap2 minggu makan KR kopak aku...hari gaji bolehlah..kerajaan kena pantau benda2 mcm ni...PPIM pun kena mengawasi hal2 mcm ni..pengguna pun ada hak..

31 May 2010

Mydin Mall Hening Seketika Penangan Azan


Semalam aku buka booth kt Mydin Mall USJ dgn kawan2!!..Pasaraya muslim..itulah gelaran yg aku bg kat Mydin..dulu t'kenal dgn barangan muslim..nak beli Al quran murah pun boleh!..boleh dikatakan hampir semua brg murah!..TIBA2 suasana hening seketika..kaunter pulak tidak b'operasi..apasal lak ni...rupa2nya azan b'kumandang..BAGUSNYEERR!!! Mydin..mcm kat Kota suci Mekah lak!!..sesiapa yg pernah pegi Kelantan..inilah situasi mcm nilah yg anda alami...semoga Mydin lbh berkat dlm menjalankan p'niagaan di samping menegakkan syiar islam...amin

30 May 2010

Khutbah Panjang Masjid Meru Klang

Hari ni aku & ismail buat blitz depan masjid Meru, Klang..bila dah hampir masuk azan, kami berhenti bagi menunaikan kewajipan solat jumaat.
Untuk pengetahuan, masjid Meru adalah antara yg terbaik di Selangor & pernah memenangi beberapa anugerah.
Dun Meru di tadbir oleh parti PAS setelah di menangi pada tahun 2008, daerah ini kebanyakan di diami oleh pendududk kampung yang rata2 b'keturunan jawa.
Meru juga tidak asing bg aku kerna ada ramai kawan yg tinggal di sini malah ramai saudara mara isteri yg sememangnya penduduk tetap yg t'kenal dgn gelaran sbg pekan koboi.
Apa yg aku nk ceritakan di sini ialah khutbah panjang yg di sampaikan oleh khatib, macam biasa mata dh mula layu ...kaki pula dh naik kebas..kali yg keberapa aku pun tak ingat!..sambil urut kaki..aku terus mendengar khutbah pasal judi bola yg sejak akhir-akhir ini diperkatakan sekarang ni..aku pun tak tahu mengapa kerajaan boleh menghalalkan  judi bola ini.
Pernah juga aku khutbah panjang tapi kali ini lain macam penangannya..Penat mendengar khutbah hilang solat dimulakan dgn imam mengalunkan suaranya yg merdu.
Solat Jumaat b'akhir pd jam 1405pm...jarang sekali solat jumaat b'akhir selewat ini..aku bukan merungut atau mempertikaikan kewajipan ini tetapi sekadar b'cerita mengenai pengalaman yg jarang2 sekali di alami.

25 May 2010

Pengemis Moden

Ahad lepas (23/05/10) aku & kawan aku ismail buka booth di Pekan Kapar, Klang. Kita orang buka di depan Maybank, nampak gayanya macam ramai prospek..tapi warga asing pun ramai..macamana nih!!..
Jam 5 aku ajak ismail ke masjid untuk solat Asar..kita orang b'jemaah..itu lebih bagus..sejak aku buat insurans dengan ismail, kitaorang selalu b'jemaah..semoga rezeki diberkati ilahi...
Selepas solat, aku tengok ismail bagi duit RM5 kat sorang mamat india..apahal lak tu!!..aku tanya mail apahal?..mail kata itu mamat mualaf minta sedekah..xde kerja & nak makan pun xde duit..siap tunjuk kad pengenalan lagi...Aku tak berapa gemar bagi sedekah sembarangan...
Lepas tu kitaorang terus ketempat booth semula bg meneruskan kerja mencari sesuap nasi...cewahh!!..tiba-tiba mamat mualaf yang ismail bagi sedekah tu lalu depan aku dgn menggunakan 'handphonenya'...wah! wah!..bergayanya dia gu!...inilah dia dinamakan pengemis moden!..ismail melopong melihat kejadian ini.
Moralnya kita jangan mudah memberi sedekah...bagi sedekah memang bagus tapi biar kena caranya...aku tanya pendapat ismail apa yang dilihatnya...takpelah..janji dia ikhlas...tepuk dada tanya selera....!!!

19 May 2010

Kenapa Mesti Benci Polis? - 1

Sejak akhir-akhir ini ramai pihak mempertikaikan tugas polis setelah kejadian tertembak remaja di Shah Alam tempohari. Sebagai masyarakat prihatin, kita hendaklah bersikap terbuka & mengambil niktibar di atas apa yang terjadi.
Semua yang terjadi ini ada hikmahnya, Di sini juga pihak-pihak yang terlibat hendaklah duduk semeja bagi membincangkan masalah serta menambahbaikan prosedur yang ada
Pada kali ini aku bukan hendak membincangkan pasal polis yang tertembak budak tu! tapi nak membicarakan tentang peranan PDRM keseluruhannya. Kerana masih ramai diluar sana tidak tahu bahawa peranan polis sebenarnya amat luas dalam menjaga keamanan & kestabilan negara.
Apa yang kita tahu...disiplin adalah tunjang dalam kerjaya polis, prosedur ketat juga amat di titikberatkan kerana tugas polis banyak melibatkan senjatapi
Pihak polis ada beberapa cabang seperti FRU, TRAFIK, PGA & MARIN. Apa yang perlu kita buat ialah menghormati tugas polis & mematuhi undang-undang agar memudahkan tugas mereka .
Pernah tak kita fikir ..siapa yang menolong kita jikalau berlaku kejadian yang tidak di ingini? Siapa  yang mengawal lalulintas ketika kita berada dalam kesesakan jalan raya? Siapa yang menyuraikan orang awam yang cuba merusuh  sambil merosakkan harta benda awam kalau bukan pihak polis yang siap sedia di panggil dalam masa 24 jam?

16 May 2010

Kisah Bayi Meninggal

Aku sedih betul apabila mengetahui atau membaca kisah bayi meninggal..dulu aku tulis pasal bayi dibuang tapi kali ini mengenai bayi didera oleh pengasuh..Apabila dapat anak, terpaksa bagi orang jaga, kerana dua-dua bekerja..nak tak nak terpaksa cari pengasuh samada individu atau pun Taska..kalau dapat yang di percayai..baguslah..tapi kalau dapat yang bermasalah..parah!
Aku juga berdepan situasi yang sama ketika mula-mula dapat anak. Namun masalah ini berakhir apabila ibu mentua sanggup menjaga cucu sulungnya..dalam masa yang sama aku terpaksa tinggal di rumahnya buat sementara..mungkin anak dah pandai berjalan baru pindah ke rumah sendiri yg sudah lama di beli..
Kepada pasangan yang baru menimang cahayamata..buatlah keputusan yang terbaik kerna masa depan anak-anak terletak di tangan kita..ajal maut Allah swt yang tentukan..kita sbg hambanya tidak mampu melawan takdir...amin.
P/S: Al Fatihah buat adik Mohd Rayyan Afzanizam...moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh....amin.

10 May 2010

Kisah Aminulrashid 1

Berita semalam tapi akhbar hari ini mengenai anggota polis yg menembak mati remaja di Shah Alam. Rupa2nya sudah 25 thn dlm PDRM & berasal dari Sabah.
- Apa2 pun semuanya dlm siasatan & sudah b'langsung dlm mahkamah..kita sbg rakyat biasa hanya mampu mendengar & melihat..jgn ada sebarang tindakan  yg tidak diingini...wassalam.

Selamat Hari Ibu 2010


SEJAK kecil aku tak pernah sambut Hari Ibu kerana dibesarkan oleh nenek sejak umur 6 tahun hingga tamat sekolah. Seingat aku juga ibu tak pernah jenguk atau mungkin juga aku tak ingat..biasalah budak kecik lg..manalah nak ingat!
- Tinggal dgn nenek di kampung dulu(1980) manalah reti nak sambut hari ibu apatah hari lahir sendiri. Semuanya jadi kenangan, kerna nenek yg disayangi telah pun kembali ke rahmatullah pd awal thn ni..
- Walaupun b'jauhan dgn ibu tapi aku difahamkan oleh kakak, ibu tetap ambil peduli cuma ibu sdg mencari rezeki di tempat yg jauh iaitu di Gua Musang(daerah pendalaman Kelantan). Kalau b'cerita tentang ibu agak panjang, aku akan tulis dilain kali.-
- Setelah b'kahwin & seterusnya menjadi ayah barulah aku betul2 menyambut hari ibu yg tujukan kpd isteri & dia gembira menjadi ibu setelah kehadiran cahayamata pertama.(NUR HANNAH MARISSA)
- Sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu..sayangilah ibu anda..jenguklah ibu setiap hari ..kalau ada dosa, mintalah ampun maaf ..walau dosa anda sebesar zarah sekalipun ibu anda tetap mengampunkan...ya Allah...peliharalah ibuku & berkatilah dirinya...amin

08 May 2010

Majlis Tahlil Arwah


SUDAH lama aku tidak menghadiri majlis tahlil. Mlm ni aku b'peluang hadir ke majlis tahlil arwah bapa saudara isteri sblh bapanya yg kami panggil Pak Lang. Agak ramai juga hadir kerana ini adlh hari yg ke 40.
- AKU tak berapa rapat sgt dgn arwah
cuma mengenali anak2nya.lgpun aku byk b'gaul dgn adik beradik ibu mentua je..Difahamkan arwah meninggal disebabkan SAKIT JANTUNG, beliau pengsan setelah mengalami sesak nafas.Aku dibritahu anaknya..beliau pernah menerima rawatan di hospital & dalam proses b'henti merokok...b'henti mengejut pulak tuuu..jantung t'kejut tuu..kerna jantung dh biasa mengepam laju...tiba2 p'lahan kerna tidak hisap rokok..memang bahaya bro!
- SEBAGAI ejen insurans, aku ingatkan kpd kawan2..penyakit jantung t'masuk dlm senarai 36 jenis penyakit kritikal yg dilindungi iaitu akan diberi pampasan serta bil rawatan hospital  akan dibayar oleh pihak insurans.
- PENYAKIT jantung adlh satu pyakit yg hadir secara senyap tanpa di undang...sementara masih muda ambillah insurans perubatan agar keluarga kita tidak menangisi pemergian kita dgn begitu cepat.

05 May 2010

Pemandangan Indah Waktu Pagi


Pagi tadi aku keluar awal..nak balik rumah aku di Bandar Botanik, Klang. Mcm biasa ikut jln belakang kg. delek tak sesak sgt...bila masuk je Kesas Highway...aku nampak matahari tgh naik..wow..cantiknya...kalau tgk dlm foto xbrp cantik!..tapi kt luar cantikk sgt..inilah kekuasaan Allah...swt..

Kisah Pembuangan Bayi

Masalah pembuangan bayi di negara kita sebenarnya sudah lama, kalau baca akhbar hari-hari berita pasal orang buang bayi..kebiasaan bayi di buang ialah di tepi rumah org, tepi masjid, dlm tandas, stesen minyak & tempat kurang tumpuan org ramai. Ada bayi masih hidup...alhamdulilah!..kalau dh jadi mayat....kesian...
- Dulu aku tak kisah sgt bila baca kisah org buang bayi ni..selalu sgt jadinya...namun apabila anak sulung meninggal dlm kandungan isteriku, barulah terasa jiwa ini bahawa pemergian bayi sgt pedih utk diterima.
- Kadang2 aku rasa macam trauma bila mengenangkan anak yg dinanti telah pergi, kami difahamkan dia akan tunggu kita di syurga...alhamdulilah...
- Apakah sifat kemanusiaan telah hilang?..sanggup membuang insan yg tidak b'dosa..apakah kita akan kembali ke zaman jahiliah?
- Terlalu sedih untuk di ingati...apatah lg isteri yg mengandung 9 bulan..sudah tentu kesan yg di alami akan memakan masa yg lama..
- Kelahiran anak kedua mengubati kedukaan kami...NUR HANNAH ZAHRA...tunggu kami disana....alhamdulilah..kamu sudah adik comel mcm kamu..NUR HANNAH MARISSA.....YA ALLAH..rahmatilah roh anak kami..tempatkanlah di kalangan org2 yg soleh....amin..

04 May 2010

Kad Perubatan PruBSN Takaful

Pejam celik..pejam celik, diam tak diam..sudah hampir satu thn aku di nobatkan sbg ejen insurans takaful Prudential BSN Takaful. Utk pengetahuan semua, Prudential adalah sykt b'skala besar yg b'pengkalan di United Kingdom. Utk menubuhkan takaful di negara kita , ia di arahkan b'gabung dgn Bank Simpanan Nasional oleh Bank Negara Malaysia. Mungkin pd fikiran aku, gabungan ini utk menjaga kepentingan pelanggan2 muslim.
(aku harap info yg aku dpt ni betul...aku pun tak pasti..hehehe)
- Apabila sykt besar, produknya juga besar & kuat. Di PruBSN kami mempunyai pelan /pakej takaful yg cukup lengkap iaitu PERLINDUNGAN+KAD PERUBATAN+PELABURAN. Kami juga mampu merancang pelan kewangan anda utk pelaburan jangka masa panjang di samping membayar kos rawatan hospital sehingga umur 80 thn.
- Mengikut perangkaan negara, kaum cina adalah kaum yg t,besar yg prihatin t'hadap insurans di ikuti kaum india & melayu sehingga ke hari ini  terus ditangga t'corot yg tidak menjadikan insurans sbg keperluan penting dlm kehidupan.
- Persatuan insurans hayat juga tlh mengeluarkan statistik t'baru iaitu drpd 28 juta rakyat Malaysia, Melayu tak sampai 10% yg mengambil insurans(hampir 1.2 juta). Kalau kita p'hatikan..kemana lg 8.2 juta org melayu?
- B'makna pasaran insurans takaful masih lg luas utk ejen insurans spt aku..peluang begitu luas sepatutnya di manfaatkan sepenuhnya.
- Aku tak tahu kenapa org melayu susah sangat nak beli insurans?..aku dulu pun sama jugak! tetapi slps mengikuti kelas pemasaran insurans...rupa2nya produk yg di takuti org melayu ini sgt bagus!.. cuba anda fikirkan sejenak! siapa yg akan mlindungi/membayar kos rawatan hospital jika kita di timpa sakit? hatta hospital kerajaan sekali pun tetap kena bayar walau pun sikit. kalau nak servis cantik!! kenalah masuk wad swasta..betul tak?
- Mungkin anda  yg makan gaji agak b'tuah kerana majikan sanggup membayar kos rawatan, itupun sykt besar...kalau sykt cikai macamana? fikirkan juga berapa lama & berapa banyak kos yg perlu di tanggung sykt utk biayai kakitangannya, anda sendiri sbg majikan sanggup ke nak b'depan dgn situasi sebegini?
- Macamana pula dgn org yg bekerja sendiri?..bayangkan kalau di timpa musibah..siapa yg bayar kos?..kalau ada simpanan pun akan habis di gunakan utk biayai kos rawatan...disinilah t'letaknya tanggungjawab anda & keluarga.
- Zaman sekarang ada b'macam2 insurans kita akan jumpa..kalau betul2 tidak mampu..ambillah PA iaitu insurans paling murah tetapi b'risiko tinggi.
- PruBSN Takaful menawarkan pakej lengkap utk melindungi diri anda, Jikalau anda masuk wad, PruBSN akan  membayar  kos rawatan sehingga RM500 ribu(min) seumur hidup, disamping itu kami akan membayar elaun harian wad & dlm masa yg sama ada pampasan utk meninggal & penyakit kritikal serta simpanan yg boleh dibuat pengeluaran & juga b'fungsi utk menyokong kad perubatan jika suatu hari nanti anda tidak mampu/t'lupa membayar caruman.
- Saya menyeru kpd kawan2..ambillah kad perubatan utk melindungi diri anda & simpanan hari tua anda..sesiapa yg b'minat boleh hubungi sy & sy akan terangkan bagaimana hendak merancang kewangan anda....TQ.

- MD HANAFI AB KADIR- 0133411744 / 0173741176




 

03 May 2010

Kisah Aminulrashid

Sejak seminggu ni media masih lg membicarakan kisah remaja tertembak di Shah Alam. Aku kadang-kadang bingung bila memikirkan kes ini, cuma apa yg boleh aku simpulkan adalah kedua-dua pihak ada silapnya dari segi undang-undang.
- Namun kesilapan itu kalau mengikut peratusan, pihak polis lebih silap kerana cara pendekatan memerangi jenayah menggunakan senjata api yg boleh mengundang maut sewajarnya boleh dielakkan jika kematangan dalam b'tugas di ambil kira.
- Aku difahamkan  anggota polis t'sebut masih muda & baru dlm pasukan polis. Kalau orang lama mungkin tidak ambil tindakan sebegini kerna selagi penjenayah tidak mengancam nyawa, tidak perlu memetik picu pistol.
-Begitu juga polis trafik yg suka mengejar mat rempit..yg sememangnya akan berusaha melepaskan diri dgn apa jua cara tanpa memikirkan keselamatan diri.
-Remaja Aminulrashid juga b'depan dgn situasi yg hampir sama, memandu tanpa lesen ketika kita sdg diulit mimpi..apakah ibubapa zaman skrg tidak kisah anak keluar malam  shingga jam dua pg.
- Semua pihak ada pandangan masing2, apa yg pasti satu episod baru dalam undang2 negara akan t'cipta.
Pemergian Aminulrashid akan membuka lembaran baru  kerajaan utk menangani masalah berat ini.
- Apa2 pun dharapkan semua pihak mengambil iktibar & diharapkan pihak media tidak t'lalu mensesasikan kes ini serta tidak dipolitikkan oleh pihak2 yg sukakan kontoversi.
- Nasihat sy kpd kawan2, jikalau ada sekatan jalan raya atau di tahan polis janganlah mengambil tindakan yg mmbahayakan diri anda.
-Mereka juga ada hati & perasaan. bekerja makan gaji utk menegakkan keadilan utk masyarakat b'bilang kaum & budaya di negara Malaysia yg kita sayangi ini....

30 April 2010

Khutbah Jumaat - Semangat Kejiranan

Hari ni aku solat jumaat di masjid Al Hidayah sek 18 Shah Alam, masjid x asing bg aku kerna masa bujang dulu aku tinggal dekat dgn masjid ni. Khutbah jumaat mesti didgr oleh jemaah, kalau x dgr x sah solat jumaat, nanti dpt pahala solat je lahh..Sejak tinggal di Selangor ni..dh byk masjid aku solat tapi susah nk cari khutbah yg benar2 memikat..kalau khutbah x memikat nanti para jemaah akan di ulit mimpi & t'tunduk malu..hehehe..
- Khutbah hari ni sungguh memikat walaupun tajuk x lah menarik sgt!! SEMANGAT KEJIRANAN itulah tajuknya.
- Apabila penyampaian jelas & b'sungguh2..aku percaya para jemaah akan lbh tekun mendgrnya & hari ni t'bukti aku juga minat mendgrnya padahal aku selalu t'tunduk malu bila solat jumaat..hehehhe...kantoi!!
- Aku harap kta semua dpt mendgr khutbah jumaat dgn lbh sempurna agar apa yg disampaikan oleh khatib akn terus masuk dlm hati kta semua...amin.

28 April 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-3

Setiap tahun ada beberapa hari yg perlu kita raikan..t'masuklah hari ulangtahun p'kahwinan..bg mereka yg dh b'kahwin..yg masih bujang tuu..jgn gatal2 nk 'celebrate'...nikah dulu bro!!
- Apabila meraikan..mesti hadiah, kad, bunga & coklat...leceh betul..mcm bini aku semua ni wajib!..katanya..
- Untuk 2010 ni..usia kahwin kami dh masuk thn yg ke-3..sungguh cepat masa b'lalu..
- Sbnrnya hadiah dh bg awal iaitu jam tangan GUESS...senyummmm bini aku...
- Semoga ALLAH swt...sentiasa mengurniakan benih2 cinta di antara kami...amin.
Minggu lps aku pergi kedai buku di Komp.PKNS. Menjadi kebiasaan aku kalau pergi ke pusat membeli belah mesti masuk kedai buku...tiba2 t'mampak buku ni..kebetulan aku memang ejen yg tgh t'kial2 cari kes..hehehe..
- Buku buat duit byk dipasaran sekarang ni..macam2 ada..buat duit dgn ikan keli pun ada..tanpa b'lengahkan masa aku terus 'sambar' buku ni..RM16.50 jerr..
- Buku ni bagus...klu ada sesiapa nk jadi ejen...sila buku ni..nk harapkan mentor kta ajar x cukup..kena ada teori & praktikal...jom beli buku ni...

Buku Buat Duit - Ejen Insurans/Takaful

27 April 2010

Haji Paat - Datuk Isteri

Sebenarnya..aku cukup kagum dgn org tua ni..walaupun lumpuh tapi solat x pernah tinggal..mcm arwah atuk aku, dlm keadaan sakit..tetap nk solat..terharu sungguh!..sesungguhnya ini semua boleh dijadikan iktibar utk semua org t'masuklah aku..huhuhuh..kita yg sihat ni pun miss solat..inikan org tua yg sakit lumpuh..
- Asal atuk bini aku ni boleh b'jalan..malah aktif buat b'kebun..tapi satu hari tu dia jatuh dlm parit..tapi masih boleh jalan lg...dua tiga hari lps tu....terus x boleh bangun..t'kejut aku..
- Semoga Allah swt sentiasa memelihara atuk yg x pernah jemu melakukan ibadat kpdNYA....amin.
- Kpd kawan2 yg masih ada org tua...jagalah sebaik mungkin..tiada mereka tiadalah kita....

Polis Tembak Budak

Akhbar hari ini melapurkan satu kejadian budak umur 15 thn yg disyaki penjenayah di tembak mati oleh polis. Kejadian itu b'laku pd jam 2 pg pd jarak 100 meter dr rumah mangsa di seksyen 11 Shah Alam.
- Secara kebetulan semasa menghantar kakak angkat balik ke rumah, terserempak dgn polis trafik yg mengiringi van jenazah menghala ke arah sek 11.
- Selepas hantar kakak balik, aku ke sek 9 nk singgah di bank rakyat. Apabila lalu di dpn surau sek 11..tiba-tiba jalan sesak..kereta penuh dikiri jalan & aku nampak ada upacara solat jenazah di surau yg selalu aku singgah solat.
- Rupa-rupanya inilah cerita sebenarnya...budak di tembak polis..aku menjangkakan berita panas akan meledak SATU MALAYSIA..berikutan kejadian tragis ini..
- Berita panas ini akan di jadikan modal oleh pihak-pihak yg inginkan kontroversi..jadi pihak kerajaan & polis mestilah bersedia menangkis apa-apa jua soalan-soalan panas pihak media...
- Aku harap pihak polis tidak berselindung di sebalik cerita sebenar & sentiasa belajar dari kesilapan.

25 April 2010

Facebook Melanda Malaysia

Rakyat Malaysia sedang di landa facebook, semalam singgah MPH sempat beli buku ttg fb ni.

Zaman Facebook Melanda Malaysia