SELAMAT DATANG KE BLOG CINTAZUHAN

Blog ini akan memaparkan bermacam-macam tulisan yg menarik minat sy

24 April 2010

Selamat Mengundi rakyat Hulu Selangor

Esok akan menjadi penentu kepada rakyat Hulu Selangor, siapakah wakil mereka di parlimen nanti. Kalau kita baca di akhbar dan lihat di televisyen serta situasi di luar bermacam macam gelagat dan cerita tentang pilihanraya kecil yg berlansung esok.
-Kepada yg tidak dapat mengundi dan mereka yg tidak ada kena mengena tidak perlu menyibuk disana. Lebih baik duduk di rumah saja atau melihat di kaca TV suasana PRK itu nanti.
-Orang-orang macam nilah yg akan membuatkan jalan sesak dan suasana akan menjadi huru hara. Seterusnya situasi akan menjadi lebih panas dan mencetuskan sebarang pergaduhan.
-Saya pernah membuang undi sebanyak tiga kali. Nasihat saya pergilah awal untuk mengelakkan kesesakan dan yg paling penting adalah setkan minda anda untuk memangkah undi, kalau tidak kita akan menjadi keliru di tambah lagi di luar pusat mengundi ada perayu-perayu undi dari dua calon.
-Bagi kedua-dua calon, saya berharap mereka dapat terus berkhidmat walaupun salah satunya akan kalah. Kerana calon yg akan menang nanti tidak lama menjadi ahli parlimen disebabkan tempoh pilihanraya negara akan berlansung tidak sampai dua tahun dari sekarang.
-Saya tidak memihak mana mana calon kerana, kerana kehidupan zaman sekarang terlalu banyak komitmen menyebabkan politik Malaysia terpaksa ditolak ke tepi walaupun bidang politik menjadi minat saya.
-Walau apapun saya akan terus memberi ulasan, kerana politiklah yg menjadi satu sebab mengapa saya minat menulis dalam bog....selamat memilih wakil rakyat anda..

No comments:

Post a Comment